Tuesday, 5 April 2016

SAHABAT

Hari nak cerita pasal sahabat.
Saya pernah ada sahabat karib. Sahabat yang sama-sama susah, sama sama senang, ke mana pun sama-sama. Tetapi akibat sikap tidak pernah menghargai kepentingan sahabat, saya kehilangan sahabat seperti itu.
Sahabat sangat penting. kalau tak da sahabat, alamatnya kemana pun kita pergi, apa pun kita lakukan memang tak da sepa nak teman. Selepas kehilangan sahabat, baru rasa betapa pedih dan sedihnya sendirian  tanpa sahabat.
Rasa kesal yang teramat sangat sebab tidak menghargai keberadaan sahabat.
 
Teringat semua sahabat-sahabat saya ketika sekolah rendah. Farizah and Esther. Tetapi sy ingat yang rapat dengan saya ialah Farizah. Tapi bila masuk sekolah menengah dia tak ikut. Dia berhenti sekolah. Katanya mak dia tak bagi sebab keputusan tak bagus juga. Sedih juga time tu. kalau dia sambung sekolah menengah mesti kami masih menjadi sahabat. Selepas saya masuk ke sekolah menengah, saya tak pernah lagi berjumpa atau berhubung dengan dia. Macam mana nak berhubung kan,  zaman kami dulu bukan zaman ada handphone. Kalau ada pun, line dekat kampong memang ciput. Hanya nombor talian 010 ja yang boleh, itu pun lari-lari line dia.
 
Masa sekolah menengah, saya mempunyai kawan / sahabat baru. Namanya Siti Rubayah.. haha punya  main klasik nama dia ni. Tapi nak katakan sahabat sehidup semati tak juga. Saya banyak juga kawan lain cuma yang lain tu kawan biasa-biasa ja.. yang Siti Rubayah ni lah kira sahabat saya.
 
Siti ni dia jenis yang baik, friendly.. ok lah. Haha bab paling saya suka sewaktu sesi perkenalan. Apabila dia bagi tau nama dia Siti Rubayah, saya rasa sangat Klasik nama dia ni.. hemmmm pandai ibu bapa dia bagi nama..
 
Nak dijadikan cerita, setiap sahabat ada kebaikan dan ada keburukan. Sebagai contoh apabila kita bersahabat dengan orang yang tidak ikhlas berkawan. Kadang kala akan mencetuskan pergaduhan, makan hati, tikam belakang, dan macam-macam lagi lah. Oleh itu,  sahabat kena jujur. Kadang kala kebaikan sahabat ni pun boleh menyebabkan sakit hati sesuatu pihak. Contohnya jika kita suka dengan seseorang, dan kebetulan pula juga sahabat pun suka dengan orang yang sama... hemmm tu mcm mana ceritanya tu.. alamatnya,, seorang terpaksa mengalah atau mengundur diri.. sakit juga hati tu kan... kalau tak undur diri mungkin akan berlaku pergaduhan la pula. So... beruntunglah kalau dapat sahabat yang ikhlas berkawan dengan kita.
 
sahabat ni pun banyak jenis juga. Tapi itu dari kita menilainya. Bagi saya sahabat tetap penting kepada kita. Tetapi jika sahabat yang merosakkan, baik tak perlu ada sahabat lah lagi bagus..
 
Ok... selepas sekolah menengah saya melangkah pula kealam pengajian tinggi. Sahabat masa kini pun dah bertukar. Tetapi sahabat saya time ni paling 'manang', hehehe.. abby, Kathy.. mereka dua ini adalah sahabat yang terbaik bagi saya.. tetapi saya menyesal sebab tak pandai menghargai mereka. Silap besar saya sebab meninggalkan mereka hanya sedikit salah faham. Tak tau salah faham berpunca dari mana tetapi memang kesalahan 100 peratus dibahu saya. Sedih huhuhu..
Ingat lagi masa mula-mula berkenalan dengan mereka. Memang sweet lah time tu. Sangat sweet... abby and Kathy memang sweet.  Ingin rasanya kembali zaman tu. Zaman masa muda remaja.. Ya Allah rindu sangat time tu tau!
first time kami jumpa masa sesi pendaftaran pelajar. Ingat lagi Abby menegur saya, 'Hai, ko masih ingat saya?'.. haha ingat betul waktu itu.. saya pun dengan pantas menjawab 'Ya' . Terus dia duduk di sebelah saya. Sebenarnya pertama kali kami jumpa adalah masa temuduga pengambilan pelajar dulu sebelum terpilih masuk ke pengajian tinggi ni. Tak sangka kami dipertemukan kembali. Syukur Ya Allah. Beberapa minit kemudian muncul lagi seorang. Tapi saya dah tak berapa ingat ayat keramat apa yang dia sebut time tu sampai saya ketawa kecil.. Mungkin yang saya ingat, Abby ada berkata 'ko kenal kah dia ni??' hahaaa... kesian Kathy.. tapi setelah itu kami memang berkawan baik. Saya dan Kathy satu kursus, Abby pula opsyen lain. kami tinggal dalam 1 bilik untuk sementara waktu di asrama. Setelah habis minggu orentasi kami berpecah. Tinggal 1 bili dengan kakak-kakak senior ja. Tetapi yang bestnya walau kami berlainan bilik kami tetap tinggal dalam blok bilik yang sama.
selepas itu, kemana pun kami pergi kami tetap bersama. Saya suka sangat layanann yang diberikan oleh sahabat saya Abby dan Kathy.
Beberapa lama kemudian.. saya tak tahu darimana silapnya, kami putus sahabat. Saya mengambil keputusan untuk tidak berkawan dengan mereka lagi. Tak tau darimana silapnya.
saya rasa seperti tinggal sendiri tanpa mereka, sahabat saya. walaupun saya mempunyai ramai kawan lain tetapi kawan dengan Sahabat memang tak sama. Kawan, kita tak boleh nak minta bantuan lebih-lebih tetapi sahabat, boleh memberikan kita bantuan walau macam mana sekalipun. Adanya sahabat, kemana pun kita pergi akan ditemani oleh mereka. sehingga ini saya telah kehilangan sahabat. Sedih sebab tak ada sahabat!!
 
Oleh itu,, sesiapa yang ada sahabat.. sila  lah hargai sahabat anda. Kalau boleh saya kembali ke waktu itu, saya akan menjaga mereka dengan baik. Ya Allah, Engkau saja yang maha mengetahui akan Hati dan perasaan saya ketika ini. Bagaimana menyesalnya saya sebab tak menjaga dan menghargai sahabat yang diberikan.
 
setelah saya tidak bersama mereka lagi, saya rasa sangat sunyi. Nak ke kantin tak da orang nak teman, ada pun kawan lain tetapi kadang-kadang mereka akan menolak untuk temankan kita sebab mungkin mereka dah lebih dulu ke kantin atau mungkin mereka tak lapar.. hemm... kalau sahabat pula, biar pun mereka tak lapar mereka tetap akan temankan kita. Begitulah sahabat.
 
Sedih sangat bila ingat time tu.
oleh itu.. kepada yang kini mempunyai sahabat.. jaga mereka ok. Sahabat adalah penting.
 
 

No comments:

Post a Comment