Sambungan....
Sahabat bukan hanya perempuan dengan perempuan, dan lelaki dengan lelaki. Tetapi Sahabat juga boleh jadi diantara lelaki dengan perempuan. Tetapi almaklum, biasanya jika bersahabat antara lelaki dengan perempuan pasti salah seorang akan menaruh hati. Siapa pernah merasainya?
Teringat kisah seorang sahabat ni. Amat baik, menyayangi dan menjaga kita dengan baik sekali. kalah-kalah 'boyfrend' kita jaga kita tau!. Dari sudut tersebut, pasti akan muncul satu perasaan yang diluar dugaan. Mana tak nya, jika sorang sahabat tu dah terlalu baik dan jaga kita sebaik mungkin, kan lebih baik jadi 'boyfriend' kita. Tetapi itu hanya sangkaan sahaja. Kerana tidak semestinya sahabat yang ambil berat dengan kita itu mempunyai perasaan terhadap kita. Mungkin dah memang sikap dia suka ambil berat tetapi si sahabat ni pula terperasan.. Tapi itu lah hakikatnya, sahabat tetap sahabat, cinta tetap cinta kerana kita tak kan dapat merasai hati orang lain melainkan saling meluahkan.
Saya terkenang pada seorang sahabat, dimana dia ada bercerita dengan saya tentang seorang sahabatnya. Kesetiaannya menemani dirinya walau kemana jua. Sedangkan sahabatnya tahu bahawa pada ketika itu dia telah berpunya. Katanya dia masih ingat sewaktu sama-sama mengikuti kursus anjuran Institusi mereka. Disitu mereka mula menjadi sahabat. Walau pun sebelum ini mereka sememangnya mengenali antara satu sama lain, tetapi mereka belum menjadi sahabat. Kenapa saya katakan bahawa mereka sahabat? kerana mereka bukan pasangan yang bercinta, tetapi sebaliknya hanya sekadar sahabat yang mungkin salah seorang menaruh hati antara mereka kita tak tahu.. Menurut rakan saya ini, dia dah tak ingat macam mana mereka mula menjadi sahabat. Tapi yang dia ingat ialah mereka sentiasa bersama ketika makan, pulang ke tempat rehat pun sama-sama dan sentiasa bercerita sesuatu yang menghiburkan, tetapi tak ingat perkara yang menghiburakan macam mana... mungkin menghiburkan yang boleh membuatkan kita ketawa bila mendengarnya
Nak dijadikan cerita, kedua-dua sahabat ini menghabiskan masa bersama sebagai sahabat sepanjang tempoh kursus tersebut. Terkena lagi masa itu adalah bulan puasa.. setiap sebelum subuh si sahabat ini akan mengetuk pintu bilik sahabat wanitanya untuk mengejutkan agar mereka dapat sama-sama bersahur..
Nak dijadikan cerita, si wanita ini menceritakan tentang kenangan yang memang tak dapat dilupakan dan memang melucukan. Satu malam, mungkin kerana terlalu penat, apabila sahabatnya mengetuk pintu biliknya, dia buat-buat tak dengar saja kerana malas untuk bangun sahur. Tetapi apa yang terjadi? sahabatnya ini tak berputus asa untuk mengejutkannya.. malah makin kuat dia mengetuk pintu bilik si sahabat wanitanya.. hahahaaa... its so funny right.. sahabat ni pun apa lagi, terpaksa lah bangun walau dalam keadaan terpaksa kerana risau akan menganggu rakan sebiliknya yang lain kerana ketukan deras dari sahabatnya. dan dalam keadaan pening-pening lalat si sahabat wanita ini pun keluar bertemu sahabatnya selepas membasuh muka.
begitu lah cerita tentang kisah dua sahabat berlainan jantina ini. Tetapi di akhir kisah mereka tetap kekal sebagai sahabat. Mereka bukan menjadi pasangan bercinta, hanya sebagai sahabat semata.
Nak dijadikan cerita, mereka sebenarnya terputus hubungan persahabatan mereka untuk sementara waktu kerana masing-masing terpaksa bertugas di tempat berasingan. Lost contect akhirnya dan tak dapat lagi berkongsi apa-apa kisah menarik mereka. Selang beberapa lama kemudian mereka telah bertemu kembali itu pun melalui FB. Dulu-dulu belum ada FB lagi sebab tu susah untuk menjejaki rakan-rakan lama. Tetapi kini dengan kemunculan FB, semua rakan lama-lama dari zaman kecil pun boleh dijejaki.
Tetapi pertemuan kali ini sedikit berbeza kerana masing-masing telah berkeluarga. Oleh itu, persahabatan yang pernah terjalin tidak mungkin akan seperti dahulu.
Sahabat sebenarnya amat indah untuk diingati apabila dia memberikan memori yang indah kepada kita. Oleh itu, percintaan yang bermula dengan sahabat sebenarnya lebih memberikan impak kepada setiap hubungan. Melalui sahabat kita akan tahu lebih rapat semua tentang dirinya tanpa ada sembunyi apa-apa, berbeza dengan pasangan bercinta kerana besar kemungkinan pasangan bercinta akan cuba untuk menyembunyikan sesuatu keburukan yang ada pada mereka dan akhirnya diketahui selepas berkahwin. Tidak semua mungkin... cuma kebiasaannya ada sesetengah pasangan seperti itu.

No comments:
Post a Comment