Monday, 4 April 2016

LOVE

saya ingin berkongsi tentang 'LOVE'.
Love membuatkan kita happy. Happy yang tak dapat kita gambarkan dengan kata-kata.
bila kita 'In Love' dengan seseorang, kita akan sentiasa mengingatinya. Ingat yang mungkin akan memudaratkan diri sendiri. 
Bila kita 'In Love' dengan seseorang semua jadi serba tak kena. Makan jadinya tak lalu, Mandi jadinya terlalu lama (lama lah sebab asyik ingatkan si dia), tidur pun jadi tak lena ( Sebab bila tutup mata ja terbayang kan si dia).. Hebatkan penangan 'Love' ni. 
' Love' boleh mendatangkan bahaya. Bahaya bila 'Love' pada sesuatu yang terlarang. 
Apa yang penting, bila kita mendapatkan seseorang yang kita 'Love', jangan lupa... jaga hati, jaga perasaan dan jaga segala-galanya yang perlu. 
'Love'   kadangkala tak kekal juga. Banyak sebab yang menjadikan 'Love' tu tak kekal. Bila masa seorang wanita merasakan dirinya tidak dihargai. Lelaki kadangkala mempunyai ego! Ego untuk tunjukkan penghargaan dia untuk si Wanita! Dalam hidup berumahtangga... banyak kisah yang kita dengar berlaku keretakkan. Rumahtangga retak pun kerana banyak sebab. Kecurangan, kehilangan perasaan terhadap pasangan, dan macam-macam lagi. 

Kenapa berlaku kecurangan
Hellooo.... siapa yang curang? sometimes.. bila lelaki setia, wanita akan curang.. dan bila wanita setia pula... si lelaki pula yang curang.. But why?? kenapa boleh jadi macam ni? semua ini berpunca dari perasaan masing-masing. 

wahai lelaki.. percaya lah, bila kamu tahu menjaga hati wanita, kamu akan sentiasa dihatinya. tetapi kenapa ada lelaki yang tak tahu menjaga hati wanita. sebelum berkahwin.. masa mula-mula mengurat nak dapatkan 'Love' si wanita, bukan main lagi menunjukkan betapa caringnya dia pada si wanita. Bila sakit di ambil berat, bila tengahari ditanya dah makan keh belum?.. bila jalan /driving di ingatkan agar berhati-hati.. bila jalan bawa barang banyak barang, ditolong angkat dan dihantar lagi biar pun terpaksa naik tangga bertingkat-tingkat. Tetapi bila dah berkahwin??? apa nak di kata?? kadangkala bila si wanita mengangkat barang banyak, tak dihiraukan pun. di tengok ja dan kadang-kadang buat-buat tak tau... sebab apa? merasakan bahawa si wanita dah jadi isteri dia dah jadi milik dia... dia tak tau bahawa si wanita ada hati dan perasaan.. bila-bila masa boleh berubah! wahai lelaki.. ingat perempuan ni kuat. Tanpa lelaki disisi wanita tetap boleh hidup dan bertahan.. 'but not to man'. 
Oppssss... maaf ya, bukan semua lelaki seperti itu.. maka beruntunglah kepada si wanita yang mendapat si Lelaki yang menunjukkan sikap yang sama seperti sebelum kahwin dan selepas kahwin..
 Wahai wanita.. 'same goes to you'. hargai lelaki yang sangat menyayangi kamu. Kadangkala si wanita tak sedar betapa banyak dia mengguris perasaan dan hati si lelaki.  Jangan sampai si Lelaki yang anda cintai meninggalkan anda. Kasihannya lelaki... bila si wanita tidak mengendahkan makan dan pakai si lelaki, tidak mengambil tahu tentang masalah yang dihadapi oleh si lelaki, tidak memberikan sesuatu memori berharga kepada si lelaki, dan tidak segala-galanya... seolah-olah si wanita merasakan bahawa si lelaki hanya akan mencintai dia seumur hidup walaupun layanan yang di berikan hanya lah 'so so' saja.. Wahai wanita.. ingat lelaki terlalu lemah dan rapuh. Banyak anasir 'jahat' di luar yang boleh menganggu mereka. 

wanita dan lelaki sama... masing-masing manusia,, masing-masing punya perasaan dan hati! 
jaga diri, jaga hati, pasti bahagia. 

Tetapi... kenapa ada yang tak faham? 
Lelaki...!! wanita lemah tau. Sungguh kamu kaum Lelaki nampak betapa kuat, berdikari, hebat dan sihatnya si wanita.. tetapi jauh di sudut hati si wanita perlukan sokongan dan bantuan dari seorang lelaki apabila dia sudah bergelar suami kepada si wanita. Bukannya malah menjadi pembantu atau orang suruhan pula kepada si lelaki!!
 hellooo.. wahai lelaki... hargai kaum wanita!
Ingat.. wanita perlukan lelaki di sisi untuk memberikan bantuan dikala dia kesusahan, kesedihan dan kesakitan. kalau si lelaki rasa tak dapat memberikan semua itu kepada si wanita, rasanya si wanita tidak memerlukan si lelaki. Adalah lebih baik untuk si wanita terus berjuang sendirian kan??. 

No comments:

Post a Comment