Thursday, 7 April 2016

SAHABAT 2

Sambungan....
Sahabat bukan hanya perempuan dengan perempuan, dan lelaki dengan lelaki. Tetapi Sahabat juga boleh jadi diantara lelaki dengan perempuan. Tetapi almaklum, biasanya jika bersahabat antara lelaki dengan perempuan pasti salah seorang akan menaruh hati. Siapa pernah merasainya?

Teringat kisah seorang sahabat ni. Amat baik, menyayangi dan menjaga kita dengan baik sekali. kalah-kalah 'boyfrend' kita jaga kita tau!. Dari sudut tersebut, pasti akan muncul satu perasaan yang diluar dugaan. Mana tak nya, jika sorang sahabat tu dah terlalu baik dan jaga kita sebaik mungkin, kan lebih baik jadi 'boyfriend' kita. Tetapi itu hanya sangkaan sahaja. Kerana tidak semestinya sahabat yang ambil berat dengan kita itu mempunyai perasaan terhadap kita. Mungkin dah memang sikap dia suka ambil  berat tetapi si sahabat ni pula terperasan.. Tapi itu lah hakikatnya, sahabat tetap sahabat, cinta tetap cinta kerana kita tak kan dapat merasai hati orang lain melainkan saling meluahkan. 

Saya terkenang pada seorang sahabat, dimana dia ada bercerita dengan saya tentang seorang sahabatnya. Kesetiaannya menemani dirinya  walau kemana jua. Sedangkan sahabatnya tahu bahawa pada ketika itu dia telah berpunya. Katanya dia masih ingat sewaktu sama-sama mengikuti kursus anjuran Institusi mereka. Disitu mereka mula menjadi sahabat. Walau pun sebelum ini  mereka sememangnya mengenali antara satu sama lain, tetapi  mereka belum menjadi sahabat. Kenapa saya katakan bahawa mereka sahabat? kerana mereka bukan pasangan yang bercinta, tetapi sebaliknya hanya sekadar sahabat yang mungkin salah seorang menaruh hati antara  mereka kita tak tahu.. Menurut rakan saya ini, dia dah tak ingat macam mana mereka mula menjadi sahabat. Tapi yang dia ingat ialah mereka sentiasa bersama ketika makan, pulang ke tempat rehat pun sama-sama dan sentiasa bercerita sesuatu yang menghiburkan, tetapi tak ingat perkara yang menghiburakan macam mana... mungkin menghiburkan yang boleh membuatkan kita ketawa bila mendengarnya
Nak dijadikan cerita, kedua-dua sahabat ini menghabiskan masa bersama sebagai sahabat sepanjang tempoh kursus tersebut. Terkena lagi masa itu adalah bulan puasa.. setiap sebelum subuh si sahabat ini akan mengetuk pintu bilik sahabat wanitanya untuk mengejutkan agar mereka dapat sama-sama bersahur..
Nak dijadikan cerita, si wanita ini menceritakan tentang kenangan yang memang tak dapat dilupakan dan memang melucukan. Satu malam, mungkin kerana terlalu penat, apabila sahabatnya mengetuk pintu  biliknya, dia buat-buat tak dengar saja kerana malas untuk bangun sahur. Tetapi apa yang terjadi? sahabatnya ini tak berputus asa untuk mengejutkannya.. malah makin kuat dia mengetuk pintu bilik si sahabat wanitanya.. hahahaaa... its so funny right.. sahabat ni pun apa lagi, terpaksa lah bangun walau dalam keadaan terpaksa kerana risau akan menganggu rakan sebiliknya yang lain kerana ketukan deras dari sahabatnya. dan dalam keadaan pening-pening lalat si sahabat wanita ini pun keluar bertemu sahabatnya selepas membasuh muka.
begitu lah cerita tentang kisah dua sahabat berlainan jantina ini. Tetapi di akhir kisah mereka tetap kekal sebagai sahabat. Mereka bukan menjadi pasangan bercinta, hanya sebagai sahabat semata.
Nak dijadikan cerita, mereka sebenarnya terputus hubungan persahabatan mereka untuk sementara waktu kerana masing-masing terpaksa bertugas di tempat berasingan. Lost contect akhirnya dan tak dapat lagi berkongsi apa-apa kisah menarik mereka. Selang beberapa lama kemudian mereka telah bertemu kembali itu pun melalui FB. Dulu-dulu belum ada FB lagi sebab tu susah untuk menjejaki rakan-rakan lama. Tetapi kini dengan kemunculan FB, semua rakan lama-lama dari zaman kecil pun boleh dijejaki.
Tetapi pertemuan kali ini sedikit berbeza kerana masing-masing telah berkeluarga. Oleh itu, persahabatan yang pernah terjalin tidak mungkin akan seperti dahulu.

Sahabat sebenarnya amat indah untuk diingati apabila dia memberikan memori yang indah kepada kita. Oleh itu, percintaan yang bermula dengan sahabat sebenarnya lebih memberikan impak kepada setiap hubungan. Melalui sahabat kita akan tahu lebih rapat semua tentang dirinya tanpa ada sembunyi apa-apa, berbeza dengan pasangan bercinta kerana besar kemungkinan pasangan bercinta akan cuba untuk menyembunyikan sesuatu keburukan yang ada pada mereka dan akhirnya diketahui selepas berkahwin. Tidak semua mungkin... cuma kebiasaannya ada sesetengah pasangan seperti itu.



















Tuesday, 5 April 2016

SAHABAT

Hari nak cerita pasal sahabat.
Saya pernah ada sahabat karib. Sahabat yang sama-sama susah, sama sama senang, ke mana pun sama-sama. Tetapi akibat sikap tidak pernah menghargai kepentingan sahabat, saya kehilangan sahabat seperti itu.
Sahabat sangat penting. kalau tak da sahabat, alamatnya kemana pun kita pergi, apa pun kita lakukan memang tak da sepa nak teman. Selepas kehilangan sahabat, baru rasa betapa pedih dan sedihnya sendirian  tanpa sahabat.
Rasa kesal yang teramat sangat sebab tidak menghargai keberadaan sahabat.
 
Teringat semua sahabat-sahabat saya ketika sekolah rendah. Farizah and Esther. Tetapi sy ingat yang rapat dengan saya ialah Farizah. Tapi bila masuk sekolah menengah dia tak ikut. Dia berhenti sekolah. Katanya mak dia tak bagi sebab keputusan tak bagus juga. Sedih juga time tu. kalau dia sambung sekolah menengah mesti kami masih menjadi sahabat. Selepas saya masuk ke sekolah menengah, saya tak pernah lagi berjumpa atau berhubung dengan dia. Macam mana nak berhubung kan,  zaman kami dulu bukan zaman ada handphone. Kalau ada pun, line dekat kampong memang ciput. Hanya nombor talian 010 ja yang boleh, itu pun lari-lari line dia.
 
Masa sekolah menengah, saya mempunyai kawan / sahabat baru. Namanya Siti Rubayah.. haha punya  main klasik nama dia ni. Tapi nak katakan sahabat sehidup semati tak juga. Saya banyak juga kawan lain cuma yang lain tu kawan biasa-biasa ja.. yang Siti Rubayah ni lah kira sahabat saya.
 
Siti ni dia jenis yang baik, friendly.. ok lah. Haha bab paling saya suka sewaktu sesi perkenalan. Apabila dia bagi tau nama dia Siti Rubayah, saya rasa sangat Klasik nama dia ni.. hemmmm pandai ibu bapa dia bagi nama..
 
Nak dijadikan cerita, setiap sahabat ada kebaikan dan ada keburukan. Sebagai contoh apabila kita bersahabat dengan orang yang tidak ikhlas berkawan. Kadang kala akan mencetuskan pergaduhan, makan hati, tikam belakang, dan macam-macam lagi lah. Oleh itu,  sahabat kena jujur. Kadang kala kebaikan sahabat ni pun boleh menyebabkan sakit hati sesuatu pihak. Contohnya jika kita suka dengan seseorang, dan kebetulan pula juga sahabat pun suka dengan orang yang sama... hemmm tu mcm mana ceritanya tu.. alamatnya,, seorang terpaksa mengalah atau mengundur diri.. sakit juga hati tu kan... kalau tak undur diri mungkin akan berlaku pergaduhan la pula. So... beruntunglah kalau dapat sahabat yang ikhlas berkawan dengan kita.
 
sahabat ni pun banyak jenis juga. Tapi itu dari kita menilainya. Bagi saya sahabat tetap penting kepada kita. Tetapi jika sahabat yang merosakkan, baik tak perlu ada sahabat lah lagi bagus..
 
Ok... selepas sekolah menengah saya melangkah pula kealam pengajian tinggi. Sahabat masa kini pun dah bertukar. Tetapi sahabat saya time ni paling 'manang', hehehe.. abby, Kathy.. mereka dua ini adalah sahabat yang terbaik bagi saya.. tetapi saya menyesal sebab tak pandai menghargai mereka. Silap besar saya sebab meninggalkan mereka hanya sedikit salah faham. Tak tau salah faham berpunca dari mana tetapi memang kesalahan 100 peratus dibahu saya. Sedih huhuhu..
Ingat lagi masa mula-mula berkenalan dengan mereka. Memang sweet lah time tu. Sangat sweet... abby and Kathy memang sweet.  Ingin rasanya kembali zaman tu. Zaman masa muda remaja.. Ya Allah rindu sangat time tu tau!
first time kami jumpa masa sesi pendaftaran pelajar. Ingat lagi Abby menegur saya, 'Hai, ko masih ingat saya?'.. haha ingat betul waktu itu.. saya pun dengan pantas menjawab 'Ya' . Terus dia duduk di sebelah saya. Sebenarnya pertama kali kami jumpa adalah masa temuduga pengambilan pelajar dulu sebelum terpilih masuk ke pengajian tinggi ni. Tak sangka kami dipertemukan kembali. Syukur Ya Allah. Beberapa minit kemudian muncul lagi seorang. Tapi saya dah tak berapa ingat ayat keramat apa yang dia sebut time tu sampai saya ketawa kecil.. Mungkin yang saya ingat, Abby ada berkata 'ko kenal kah dia ni??' hahaaa... kesian Kathy.. tapi setelah itu kami memang berkawan baik. Saya dan Kathy satu kursus, Abby pula opsyen lain. kami tinggal dalam 1 bilik untuk sementara waktu di asrama. Setelah habis minggu orentasi kami berpecah. Tinggal 1 bili dengan kakak-kakak senior ja. Tetapi yang bestnya walau kami berlainan bilik kami tetap tinggal dalam blok bilik yang sama.
selepas itu, kemana pun kami pergi kami tetap bersama. Saya suka sangat layanann yang diberikan oleh sahabat saya Abby dan Kathy.
Beberapa lama kemudian.. saya tak tahu darimana silapnya, kami putus sahabat. Saya mengambil keputusan untuk tidak berkawan dengan mereka lagi. Tak tau darimana silapnya.
saya rasa seperti tinggal sendiri tanpa mereka, sahabat saya. walaupun saya mempunyai ramai kawan lain tetapi kawan dengan Sahabat memang tak sama. Kawan, kita tak boleh nak minta bantuan lebih-lebih tetapi sahabat, boleh memberikan kita bantuan walau macam mana sekalipun. Adanya sahabat, kemana pun kita pergi akan ditemani oleh mereka. sehingga ini saya telah kehilangan sahabat. Sedih sebab tak ada sahabat!!
 
Oleh itu,, sesiapa yang ada sahabat.. sila  lah hargai sahabat anda. Kalau boleh saya kembali ke waktu itu, saya akan menjaga mereka dengan baik. Ya Allah, Engkau saja yang maha mengetahui akan Hati dan perasaan saya ketika ini. Bagaimana menyesalnya saya sebab tak menjaga dan menghargai sahabat yang diberikan.
 
setelah saya tidak bersama mereka lagi, saya rasa sangat sunyi. Nak ke kantin tak da orang nak teman, ada pun kawan lain tetapi kadang-kadang mereka akan menolak untuk temankan kita sebab mungkin mereka dah lebih dulu ke kantin atau mungkin mereka tak lapar.. hemm... kalau sahabat pula, biar pun mereka tak lapar mereka tetap akan temankan kita. Begitulah sahabat.
 
Sedih sangat bila ingat time tu.
oleh itu.. kepada yang kini mempunyai sahabat.. jaga mereka ok. Sahabat adalah penting.
 
 

Monday, 4 April 2016

LOVE

saya ingin berkongsi tentang 'LOVE'.
Love membuatkan kita happy. Happy yang tak dapat kita gambarkan dengan kata-kata.
bila kita 'In Love' dengan seseorang, kita akan sentiasa mengingatinya. Ingat yang mungkin akan memudaratkan diri sendiri. 
Bila kita 'In Love' dengan seseorang semua jadi serba tak kena. Makan jadinya tak lalu, Mandi jadinya terlalu lama (lama lah sebab asyik ingatkan si dia), tidur pun jadi tak lena ( Sebab bila tutup mata ja terbayang kan si dia).. Hebatkan penangan 'Love' ni. 
' Love' boleh mendatangkan bahaya. Bahaya bila 'Love' pada sesuatu yang terlarang. 
Apa yang penting, bila kita mendapatkan seseorang yang kita 'Love', jangan lupa... jaga hati, jaga perasaan dan jaga segala-galanya yang perlu. 
'Love'   kadangkala tak kekal juga. Banyak sebab yang menjadikan 'Love' tu tak kekal. Bila masa seorang wanita merasakan dirinya tidak dihargai. Lelaki kadangkala mempunyai ego! Ego untuk tunjukkan penghargaan dia untuk si Wanita! Dalam hidup berumahtangga... banyak kisah yang kita dengar berlaku keretakkan. Rumahtangga retak pun kerana banyak sebab. Kecurangan, kehilangan perasaan terhadap pasangan, dan macam-macam lagi. 

Kenapa berlaku kecurangan
Hellooo.... siapa yang curang? sometimes.. bila lelaki setia, wanita akan curang.. dan bila wanita setia pula... si lelaki pula yang curang.. But why?? kenapa boleh jadi macam ni? semua ini berpunca dari perasaan masing-masing. 

wahai lelaki.. percaya lah, bila kamu tahu menjaga hati wanita, kamu akan sentiasa dihatinya. tetapi kenapa ada lelaki yang tak tahu menjaga hati wanita. sebelum berkahwin.. masa mula-mula mengurat nak dapatkan 'Love' si wanita, bukan main lagi menunjukkan betapa caringnya dia pada si wanita. Bila sakit di ambil berat, bila tengahari ditanya dah makan keh belum?.. bila jalan /driving di ingatkan agar berhati-hati.. bila jalan bawa barang banyak barang, ditolong angkat dan dihantar lagi biar pun terpaksa naik tangga bertingkat-tingkat. Tetapi bila dah berkahwin??? apa nak di kata?? kadangkala bila si wanita mengangkat barang banyak, tak dihiraukan pun. di tengok ja dan kadang-kadang buat-buat tak tau... sebab apa? merasakan bahawa si wanita dah jadi isteri dia dah jadi milik dia... dia tak tau bahawa si wanita ada hati dan perasaan.. bila-bila masa boleh berubah! wahai lelaki.. ingat perempuan ni kuat. Tanpa lelaki disisi wanita tetap boleh hidup dan bertahan.. 'but not to man'. 
Oppssss... maaf ya, bukan semua lelaki seperti itu.. maka beruntunglah kepada si wanita yang mendapat si Lelaki yang menunjukkan sikap yang sama seperti sebelum kahwin dan selepas kahwin..
 Wahai wanita.. 'same goes to you'. hargai lelaki yang sangat menyayangi kamu. Kadangkala si wanita tak sedar betapa banyak dia mengguris perasaan dan hati si lelaki.  Jangan sampai si Lelaki yang anda cintai meninggalkan anda. Kasihannya lelaki... bila si wanita tidak mengendahkan makan dan pakai si lelaki, tidak mengambil tahu tentang masalah yang dihadapi oleh si lelaki, tidak memberikan sesuatu memori berharga kepada si lelaki, dan tidak segala-galanya... seolah-olah si wanita merasakan bahawa si lelaki hanya akan mencintai dia seumur hidup walaupun layanan yang di berikan hanya lah 'so so' saja.. Wahai wanita.. ingat lelaki terlalu lemah dan rapuh. Banyak anasir 'jahat' di luar yang boleh menganggu mereka. 

wanita dan lelaki sama... masing-masing manusia,, masing-masing punya perasaan dan hati! 
jaga diri, jaga hati, pasti bahagia. 

Tetapi... kenapa ada yang tak faham? 
Lelaki...!! wanita lemah tau. Sungguh kamu kaum Lelaki nampak betapa kuat, berdikari, hebat dan sihatnya si wanita.. tetapi jauh di sudut hati si wanita perlukan sokongan dan bantuan dari seorang lelaki apabila dia sudah bergelar suami kepada si wanita. Bukannya malah menjadi pembantu atau orang suruhan pula kepada si lelaki!!
 hellooo.. wahai lelaki... hargai kaum wanita!
Ingat.. wanita perlukan lelaki di sisi untuk memberikan bantuan dikala dia kesusahan, kesedihan dan kesakitan. kalau si lelaki rasa tak dapat memberikan semua itu kepada si wanita, rasanya si wanita tidak memerlukan si lelaki. Adalah lebih baik untuk si wanita terus berjuang sendirian kan??.